Friday, August 14, 2009

EH!

Okay guys, ini diambil daripada majalah EH keluaran terlatest ogos ni ye. for girls only! *ayat telah diubah mengikut kefahaman sendiri*

10 status bahaya lelaki.

1. Lelaki yang suka menabur kata kata sayang atau pun yang suka janji-janji manis, tapi padahalnya dia masih belum bersedia untuk hubungan yang lebih serius. Contohnya, dia kata awak yang terbaik, you are my only one, my future wife bla bla bla tapi tak bersedia nak bawak jumpa mak bapak dia lagi atau tak kenalkan pun dengan orang-orang dia yang terdekat. So macam mana? Ini adalah jenis lelaki yang suka main-main, playboy ataupun yang suka berpeleseran saja!

2. Ha ni lagi bahaya + sakit hati dan jiwa. Lelaki yang nak contact awak bila perlu sahaja, kalau dia nak minta apa-apa, minta tolong, atau tiba-tiba rindu baru nak contact. Sedangkan kalau kita yang rindu dia, dia buat tak tahu saja. Sakit hati tak? Ye, sakit. Sakit jiwa? Ye, jiwa sakit. Bahaya tak? MEMANG kalau nak ikut mood dia saja

3. Hum, ni plak tak tahu wujud lagi atau tak spesis macam ni, hehe :P Lelaki yang suka ajak awak keluar, ajak date, ajak sini, ajak sana, ajak ajak ayam dan macam-macam jenis ajak dan pelawaan, tetapi taknak declare apa apa, taknak menetapkan ikatan. Apa motif dan tujuan si lelaki ini ek? So, jangan jatuhkan maruah wanita. Kita jual mahal sikit okay, selalu ajak sangat pun tak okay, siapa kau? hahaha

4. Uh ni pulak, taktau lah kalau ada perempuan yang nak tanggung risiko! Lelaki yang dah berpunya =_= tak tahu la dah kawin ke, tunang ke, ber-gf ke, kepunyaan atau dibela siapa-siapa pun, haha tetapi kerap menghabiskan masa dengan awak. Haih, nak ke berkongsi? Bila dah pecah tembelang dengan pasangan dia macam mana? Takpayah la, sudah berpunya masih menagih kasih sayang perempuan lain.

5. Hm. ni pulak lelaki yang asik rasa dia betul saja, memang bahaya. sebab nanti kita yang makan hati. Apa yang dia buat semuanya betul. dia pentingkan diri sendiri dan tak memikirkan perasaan orang lain. Bila kita buat semua salah.

6. Ni pun makan hati jugak. Saya tak suka makan hati. Memang tak suka. HAHA. Lelaki yang blur atau sambil lewa. Apa yang kita mahu pun dia tak tahu? Suka ambil ringan terhadap kemahuan wanita

7. Lelaki yang tak pasti dengan kemahuan sendiri. Hm? Ada kan? So apatah lagi dengan kemahuan pasangan? Pikir pikir kan.

8. Geli jugak macam ni. Lelaki yang terlalu obses dengan awak. Ye, saya selalu cakap dengan abang saya, perempuan tak suka lelaki yang terlampau terhegeh-hegeh jugak, obses sangat. Betul tak? Nak jugak mendampingi kita dengan apa cara sekali pun bedal!

9. Lelaki yang suka menjatuhkan lelaki lain, demi memastikan saham dia je naik! Ish, tak elok macam tu kan? HAAHA.

10. Very last one, ni agak berat jugak, bahaya bahaya! Lelaki yang tak tahu tak pasti untuk memberikan jawapan atas apa persoalan pun. Yang remeh ke yang temeh ke yang serious ke macam mana pun, susah sgt dia nak bagi jawapan tepat atau pandangan. Takpayah la kita cari harapan atau cahaya dalam lelaki macam ni, haha sememangnya dia akan gagal membahagiakan kita.

No comments: