Monday, August 17, 2009

Aku selesa

Aku selesa, bukan aku selesema.
Ok, tak lawak.

Aku selesa dengan keluarga aku
Aku selesa bapak aku turun naik kapal untuk duit
Aku selesa semua ada kat rumah
Aku selesa dengan rumah aku yang sederhana ni
Aku selesa kereta ada dua je lepas tu berebut-berebut *tipu*

Aku selesa ada Irhas, bf aku yang garang annoying tapi penyayang, aku tahu.
Aku selesa dengan dia.
Aku selesa je kalau nak kawin dengan dia. *gatal*
Aku selesa habiskan masa sepanjang panjang masa dengan dia.
Sebab dia lah teman aku, bila-bila masa pun aku perlukan dia.

Aku selesa ada kawan-kawan lama yang masih keep-in-touch
Aku selesa ada Yana sebagai kawan aku.
Aku selesa ada Ojan jugak.
Aku selesa ada ramai kawan-kawan lama aku dekat Kuantan dulu yang sentiasa berdiri belakang aku.
Aku selesa ada orang-orang macam ni yang kuat semangat setia-kawannya.

Aku selesa ada kawan-kawan rapat.
Aku selesa nak huha-huha gossip mengumpat terjah dengan diorang
Aku selesa kawan dengan diorang zaman aku dewasa di sekolah.
Aku selesa ada Sai, Izwin, Aten, Juliana, Farah, Olie
Aku selesa ada kawan-kawan rapat macam ni, selagi mereka tak mengkhianati aku

Aku selesa ada kawan yang aku anggap macam kakak.
Aku selesa nak cerita apa pun benda yang aku protest
Aku selesa nak buka mulut dengan Diane dan Saila.
Aku selesa menyesuaikan diri konon-kononnya aku ada kakak.
Aku selesa jugak kalau hidup tak ada kakak, hehe

Aku selesa ada kawan-kawan gila.
Aku selesa ada Hanna
Aku selesa bila ada masa aku perlukan dia

Aku selesa dengan apa yang aku ada
Aku selesa walaupun duit tinggal rm10 dalam bank
Aku masih selesa sebab aku masih ada ibu bapa tempat aku bergantung teduh
Aku masih selesa walaupun kadang-kala aku disakiti, tapi aku masih ada peluang untuk disayangi oleh Irhas
Aku masih selesa , walaupun aku dalam kesedihan dan kesusahan , aku masih ada kawan untuk mengadu nasib

Aku selesa dengan semua walaupun tak cukup sempurna
Semuanya tak ada yang sempurna
Yang penting,
Kau Kau Kau dan KAU, Pengkhianat, Jangan Kau masuk mencelah, jangan kau muncul di tengah , jangan kau halang apa yang aku ada. Jangan ganggu kehidupan orang lain.
*Saja bagi ingatan pada pengkhianat*

Aku bukan kejam, nak join kehidupan aku boleh!
Tapi jangan bawak masalah. Jangan pecah-pecahkan kehidupan orang lain yang hampir sempurna.
Terima Kasih.

Motif: Saja bagi peringatan *sebenarnya tak boleh tidur lagi, ARGHHHH*
Tapi aku serious dengan apa yang aku sampaikan.

4 comments:

Aiza Jeniza said...

bagus! gaya penulisan org yg tak boleh nk tidur. penuh dgn isi2 yg mantap! boleh jadi penulis la lepas nie, hehe. (i pun selesa baca blog u) haha

EYRA said...

Haaha thanks!

I pernah ada cita-cita ape nak jadi penulis :P

ILYANA said...

ko ni ayat2 mcm org penulis.
aku lemah nk buat ayat mcm ko. kdg2 aku bc blog ko bile ko ayat pena ko aku ask bf aku. hahaha. lemah tol aku

anyway keep it up!

touching ada nama aku. hehehe

EYRA said...

kau ni emo lebih doh hahahha

mari ketengahkan aku dalam bidang penulisan *POYO*