Thursday, February 19, 2009

INGAT

Kita menjalin hubungan dah lama.
Hidup sama-sama
Makan sama-sama
Tidur sama-sama
Pergi sini sana sama-sama
Layan muzik sama-sama
Mana-mana, apa-apa semua sama-sama.

Pernah tak fikir jika kita tak dapat sama-sama
Sampai bila-bila takkan sama-sama
Bila kita tak mati sama-sama
Nanti masuk syurga, tak masuk level sama-sama
Memang kita takkan sama-sama lagi
Di dunia lah tempat kita nak sama-sama

Tak kesah lah kita dengan keluarga ke , bf/gf ke, kawan-kawan ke?
Kita mesti sama-sama.

Contoh satu
Dengan keluarga
Hari ini mereka masih hidup
Pergi mana-mana, ayah drive kereta
Suatu hari nanti dia tak ada, kita dah tak nampak lagi dia drive kereta
Balik sekolah/class mak tunggu.
Suatu hari nanti
Kita balik dah tak ada siapa-siapa tunggu
Kita bergaduh adik beradik, bergurau adik beradik,
Suatu hari nanti,
Tak ada teman dah nak bergaduh, tak ada teman nak bergurau kat rumah.
Tak ke kita rasa kehilangan yang besar?

Contoh dua
Dengan bf/gf, pasangan hidup
Yang dah bersama lama-lama
Buat semua benda sama-sama
Pergi sini sana, celah sini celah sana, semua sama-sama
Makan sama-sama
Tidur, lepak sama-sama
Kita sayang satu sama lain, tapi kadang-kadang kita tak jaga hati masing-masing.
Tak ke kita menyesal
Suatu hari nanti
Bila salah seorang tak ada
Pergi buat selama-lamanya
Time hidup ni, makan dengan dia
Naik kereta dengan dia
Tengok tv dengan dia
Jalan-jalan dengan dia
Sakitkan hati dia, Perlekehkan dia bila dia ada lagi di dunia
Layan dia macam dia dah mati
Tapi cuba kalau dia mati betul-betul
Kita pergi makan, dia tak ada sebelah kita
Kita naik kereta tempat duduk sebelah kosong
Masuk bilik dia, hanya tinggal pakaian
Tak ada orang nak cakap dengan kita masa kita tengok tv
Dia dah tak call kita
Dia dah tak sms kita
Kita tunggu sampai bila-bila pun,
Takkan ada dia hubungi kita
Tak ada lagi orang nak tanya kita , "dah makan?"
Tak ada lagi orang yang sama tanya kita "tengah buat apa?"
Tak ada lagi dia ckp, "sayang rindu"
Tak ada lagi dia cakap " i love you"
Tak ada lagi nak bergaduh pastu berbaik
Tak ada lagi dia tengah tengok kita buat apa kita suka
Tak ada lagi semua tu.
Yang tinggal bayang-bayang dan suara yang terngiang-ngiang
Nak jumpa kat syurga pun tak tahu bila, taktahu jumpa ke tak

Contoh tiga
Dengan kawan-kawan
Terutamanya kawan-kawan baik
Time hidup ni, kita sembang-sembang
Nanti kalau tiada, 'eh tak sangka kau dah tak ada'
Teringat semua kenangan


Hargailah satu sama lain, ketika masih boleh sama-sama ni.
Aku juga, selalu mengingatkan diri sendiri supaya saling menghargai
Belajar menghargai
Aku selalu menangis bila terfikir benda ni, aku taknak jadi macam ni
Aku taknak hilang keluarga, bf aku.
Tapi diorang macam nak je hilang aku.
Aku taknak
Aku taknak
Aku taknak
Aku sanggup pergi dulu sebelum diorang
Ish saiko nye aku ni
Aku pegang kekuatan kasih sayang aku pada keluarga dan bf dengan cara ni
Aku selalu ingatkan diri aku
Sekarang, korang pun kene ingat jugak
Kalau korang nak setia pada pasangan, biarlah pasangan korang pun setia
Nanti menyesal

2 comments:

Denalicious said...

Yang,
What u said all here is true..
Kita bagai nk mati jaga and syg...
Diorg anggap kita ni mcm xde pape..
Sedihkan??
Tp u have to always noe that me will be with u.. Coz ur my cute lil sista...Muaaaxx...

stand by me said...

hahaha
lawak la u daling
they love us but yeah sometimes ade masalah, biasalah =P

u have me, i have you
muahhhhhhs!