Wednesday, June 1, 2011

Manusia tak pernah puas

Memang betul manusia tak pernah puas dengan apa dia ada. Tapi kalau diam je setakat cakap dengan diri sendiri kat depan cermin takpe.
Ni kepoh pulak satu alam maya , kejap nak kurus, kejap nak gemuk, nak isi, nak daging, nak tulang. Bagi betis nak peha, jadi la behe. Haha!

Seriously annoyed dengan manusia macam ni.
Cerita agama bukan main lagi, diri sendiri pun tak sempurna. Masih lagi tak reti nak bersyukur, pakai pun tah apa-apa, kalau betul alim sangat, duduk rumah mengaji, diam. Sebab suara perempuan kan aurat. Guna bila perlu je. :)

Aku tau kita semua tak sempurna, yang lebih alim jangan pulak nak berlagak riak. Kena ingat tu , ustad masa sekolah tak cakap ke? Hati kena jaga, cakap lebih sikit pun boleh dikira riak, maka mmg susah bila bab hati ni, aku tak nafikan. So jaga la hati masing-masing, tak semesti kita pakai tudung tu, nak cerita bagus je kan?

Berbalik pada topik, bila kurus nak isi, bila isi bergelimpangan, nak kurus pulak.
Bila rambut gugur, stress. Bila rambut lebat, "kenapa rambut aku lebat sangat? panas, susah, busuk, kelumumur, nak rambut nipis, halus"

Bila muka jerawat, eh muka jerawat ni stress lah sgt, malu lah.
Bila muka licin , "kenapa muka aku tak pernah ada jerawat? pelik gak yer. "
Bila jerawat kecik, "ish muka aku teruk gila lah"
Padahalnya bintik-bintik ruam je.
Tak pikir muka orang jerawat besar, jerawat batu, mangkuk kawah boleh letak maggie sup?

Bila muka hitam, "kenapalah dilahirkan macam ni, salah keturunan betul ah!"
Bila putih pulak, "aku nak pergi sun-tanning lah, kasi kuning sikit, tak suka la putih pucat!"

Sama jugak, ada barang besar nak operate kasi kecik, barang kecik, nak besar pulak.

Senang kata, BERSYUKUR JELAH APA TUHAN KASI. DIAM JE TAK PAYAH NAK KECOH KAT FACEBOOK KE BLOG KE, ANNOYED SANGAT AKU TENGOK. Nak delete, kawan pulak.

Asalkan kita tak nampak teruk dan cacat serta mendatangkan aib pada diri sendiri sudah :)

No comments: