Apakah itu?
Haha saja nak cerita, budak-budak sekolah sekarang ramai nak jadi samseng.
Tak macam zaman aku dulu, kalau nakal pun pasal curi duit, buli budak-budak(taklah over), ponteng sekolah tu biasa, panjat pagar sekolah , main kejar kejar dengan ustazah dah terer dah dulu.
Sekarang ni dah banyak beza. Mereka ni dah tak dikira nakal dah, dah overnakal tau, samseng samseng (lagu ahli fikir haha)
Bukan takat mencuri lagi, maksud aku samseng, pukul orang, kadang-kadang tu bunuh. kadang-kadang pukul sampai terbunuh, pasal apa? pasal terlanggar bahu daaa time on the way nak pergi kantin, pasal tengah jalan-jalan pusing tawaf sekolah ada budak daring pandang bagi padangan serong sipi dan sebagainya hehe, lepas tu senang je "siap kau nanti! aku bawak geng"
Haha.
Kelakar memang kelakar. Tapi menakutkan. Ada ke budak sekolah dah bantai budak yang teruk-teruk sampai boleh mati punya, tak bagi chance langsung, pukul ramai-ramai dari budak yang dipukul tu tahan dengan tangan sampai budak tu tak bernyawa. Kejam nya?
Kejam. Sangat kejam. Ada ke pelajar sekolah yang berusia belasan tahun, bulu baru nak tumbuh sampai hati memukul atau membunuh atau merogol orang lain? Ish.
Ada jugak yang, ni geng lain. Tu geng lain. Telah memesongkan otak mereka bahawa geng ini tak boleh kawan dengan geng itu. Banyak sangat terjadi sekarang ni terutamanya dalam kaum melayu sendiri. Kaum yang banyaknya hak dalam negara kita (sehingga terlebih hak) , kaum yang diberi keutamaan, kaum yang beragama Islam , agama rasmi negara kita, kaum yang akan sendiri mempertahankan negara ini.
Melayu dengan melayu bergaduh, macam mana nak maju, macam mana nak melawan musuh negara jika kita di dalamnya sendiri tak berdiri teguh tak berganding bahu. Bak kata pepatah, bersatu kita teguh , bercerai kita roboh. Belajar je pepatah dekat sekolah, tapi tak tahu apa gunanya, sebab apa sebab pergi sekolah nak tunjuk hidung tinggi macam Zizan. Eh tak tak heheh betul nak tunjuk gangster.
Macam mana orang melayu boleh tindas orang melayu? sedangkan kaum lain berlumba-lumba menolong kaum mereka dari segala segi, terutama ekonomi dan macam-macam lah.
Macam mana melayu boleh bunuh melayu?
Tak lama, luputlah melayu di bumi kita.
Bukan tak boleh kita buat group sendiri, persatuan sendiri, familygroup sendiri, komuniti, gang dan sebagainya. Tapi cari apa tujuannya? Untuk tolong siapa? Apa benda yang ditolong? Apa misi apa visi?
Ini pulak ada yang buat grouping grouping sebab nak berlawan-lawan sesama sendiri. Sesama siapa? Kebanyakkannya sesama melayu.
Banyak yang salah gunakan, terutamanya budak sekolah lah.
Buat/sertai sesuatu untuk tujuan bergaduh, cari back up diri, cari aktiviti menarik seperti bunuh orang?
Tak. Banyak lagi.
Kenapa tak buat atau sertai group untuk meningkat ekonomi ke macam buat business ke.
Buat apa-apa yang mendatangkan untung.
Ini, untung pun tak ada, tali gantung ada!
Nak sangat ikut Yakuza ke apa ke, dorang lain.
Dorang bunuh orang jugak, dorang bergaduh jugak.
Tapi dorang pandai business.
Dorang buat duit, macam-macam benda dorang buat.
Even dorang baca buku. Baca buku tentang "kesalahan dan hukuman"
Buku undang-undang yang dorang baca,
Kenapa? Jawab mereka, apa yang kita nak buat, apa kesalahan yang kita nak buat, kita tengok dulu apa hukuman dia, setimpal atau tak, berapa tahun penjara, berbaloi ke tak.
Bukan macam kita.
Ikut je lebih, habuk pun tarak.
Berlagak je, jalan mendongak badan tak besar mana.
Ada ke yang berani nak katok kepala siapa-siapa yang kacau kaum kita? kacau negara kita?
Cakap je lebih, hati basah, cerita sampai amerika boleh dengar, tindakan tak ada. plan tak ada.
Mulut je berbuih-buih terpancut air liur, bila depan kecut.
Sama-sama kaum bukan main lagi, cuit bahu pun tak boleh.
Hati tak cukup kering la!
Pikir-pikirkanlah kepada kebanyakkannya yang salah gunakan kuasa/kepentingan dan sebagainya terutama sekali yang masih belajar disekolah. misai tak tumbuh lagi dik. tak garang la muka tu!
No comments:
Post a Comment