Hari ni aku bangun awal nak pergi class
tak awal mana la, lagi setengah jam nak start class baru bangun, kekeke.
Masuk class lambat, tapi rupanya ada yang lagi lambat dari aku , so lega sikit hehe
Masuk masuk je dah kaki ku terlanggar pintu , kuat la bunyi haha semua dok pandang tapi aku buat buat tak pandang je. Sebaik ada budak ni tunjuk tempat kosong dekat lab computer tu, kalau tak tehegeh hegeh aku mengintai tengok tempat, blur gila masa tu! duduk pulak sebelah mamat gemok, aku tak pernah nampak muka dia, lecturer pun cakap macam tu hahaha
dahla suka pandang pandang aku menakutkan okay aku dahla duduk dalam sekali. kawan dia pulak muka tak scary pun dok tanya aku dah ada group ke tak. aku dah la group ngan budak kelate ni. assignment dia dah buat semua, sedangkan aku taktau apa apa, thanks. so dia suh aku letak nama aku je. pastu suruh aku print and hantar. well aku buat je lah dah orang tolong buatkan semua.
Maka terjadilah kejadian kedua, aku turun bawah pergi print dah la jauh asthma jap aku.
settle print, aku naik tengok budak budak tengah turun dah abis kelas. aku pun terserempak dengan mat kelate tu, dia tengok dia kata tak cukup page. aku tertinggal lagi satu page dekat printer. &*#(($#*! thanks. patah balik. ambil muka surat tu pastu dia cakap lecturer ada lagi, aku naik sampai tingkat 3, asthma lagi. tengok lab kosong! thanks! tercungap cungap aku ok.
Last last ku pikir nak hantar ke tak ni, ke nanti je hantar. lecturer ada kat opis kul 3 petang. sekarang baru pukul 11 lebih pagi. pffffft. aku teruskan perjalanan memborong di pasar tani dalam kolej aku, cool tak? haha. beli ayam goreng, jagung, roti pita dan ais limau. wau. akhirnya aku terserempak dengan mat kelate tu, aku cakap lecturer takde. so macam mana. last2 dia ambil je kertas tu, aku tatau la apa dia buat. dia pun tension je tengok aku. nasib lah.
terjadilah pulak tragedi 3. aku tengok jam baru 11 lebih. takde geng ni. kesian. aku tak tau nak pergi mana, sorang sorang. makanan semua dah beli. mak aku ambil dalam hampir sejam lagi.
mak aku suruh naik teksi. aku takut. tapi apa nak buat, siapa nak teman aku? so aku pun naik jelah teksi. punya la aku takut, dengan macam macam kes sekarang. sampai aku bagitau alamat pun salah mula mula. tergagap gagap haha. dalam teksi dah tenang sikit, baru aku ingat alamat rumah. nasib baik. dah la driver tu diam je, seram okay dok serious je. thanks. selamat sampai rumah, mak aku bayar.
dan banyak lagi la tragedi lain yang menyedihkan.
salah satu nya mak aku masak, sedap. dapat makan sikit je, sebab abang aku dah pelahap. dia ingat aku tak ada kat rumah. fine. tak kenyang aku dah la pening kepala angin angin ni. lepas makan, aku order mcd. hoho cepat gila plak sampai. bagus bagus. kereta aku rosak itu hari, ni dah okay dah, esok aku bawak kereta, harap harap semua okay ye.
byebye semua, semoga esok lebih indah dari hari ni, esok kan hari mulia penghulu segala hari, hari jumaat (",)
No comments:
Post a Comment