Baru je lepas baca satu entry dari blog seseorang yang saya selalu baca.
But just as a silent reader ;)
Tentang seorang budak lelaki yang telah kehilangan ibu dan bapa dia masa dia darjah dua,
two years ago.
Ibu dia meninggal dalam kemalangan dalam masa yang sama bapa dia menghidapi kanser.
Wah besarnya dugaan yang tuhan bagi pada budak berusia 8 tahun, anak tunggal pulak tu =(
Difahamkan budak tu tak ada kawan kat sekolah dan selalu buat perangai sampai budak budak lain panggil dia gila. Haih marah betul aku. Tapi apa nak buat, budak budak kan.
Cukup sensitif lah dengan cerita macam ni.
Sumpah menangis.
Dan terfikir kalau adik aku jadi macam tu sedih nya.
Semoga tak lah, aku pun taknak macam tu. Amin.
Ramai yang prihatin bila baca kisah anak kecil ni.
Apa kita boleh buat?
Yang penting cikgu cikgu sekolah kena cari jalan dulu kan?
Semoga dia akan sedar dan terus berusaha mengubah hidupnya dengan bimbingan lah,
sebab dia budak kecil lagi.
Jadi, hargailah ibu bapa, adik beradik yang masih ada ni.
Budak kecil tu lagi lah, anak tunggal =(
Hebatnya budi pekerti dan kasih sayang ibu bapa yang tak akan ada orang lain pun dapat tandingi.
Sama juga, antara siapa sahaja, hargai dan sayanglah mereka , layan lah mereka selagi nyawa dikandung badan, sebab semua orang akan hidup sekali je di dunia, tak akan bangun balik =(
Alfatihah kepada semua yang telah pergi dan masih dalam ingatan kita =)
No comments:
Post a Comment