Saturday, February 28, 2009

Banyak lagi peluang di luar sana

Cantik pun tak suka, kalau tak cantik lagi lah tak suka kan?
Entah lah, aku pun tak paham. Memang manusia macam ni.
Bukan kau je, bukan Timah je, bukan Gazali je, semua manusia sama, termasuklah aku.
Ah, korang tak perlu tahu lah apa yang aku maksudkan ni. =_+


Dah tiga empat hari aku duduk di zaman kegelapan.
Ya termasuk hari ni.
Tak ada aktiviti menarik yang aku namakan zaman kegelapan.
Hehe.
Aku banyak duduk rumah, garu kepala, korek jerawat, korek hidung dengan macam-macam gaya. Hahaha jangan gelak.
Aku basuh pinggan mangkuk dengan gaya paling malas sekali.
Angkat jemuran. Basuh baju.
Makan pun kadang-kadang je.
Minum air tak pernah hilang hausnya.
Duduk dan baring menghadap ladtop, naik menyampah ladtop tengok aku.
Aku pun dah menyampah tengok ladtop taktahu nak buat apa.
Nak tengok tv pulak, time aku on je cerita semua tak menarik.
Asal ada cerita menarik pulak, aku takde kat rumah. Cis, bedebah.
Tengah malam pulak Astro menjengkelkan, stuck-stuck.
Aku rasa nak sepak je tv, tapi bukan salah tv pun.
Jumpa bf pun sekejap-sekejap je.
Dia pun tak banyak masa untuk aku.
Dia busy dengan class dan kerja dia dan hobi dia, dan dia sering kepenatan.
Duit pun tengah kering.
So, aku tidak dibenarkan untuk complain.


Aku gembira juga sikit,
Sebab adik aku balik.
Tapi dia macam tak rindu aku je
Macam buat bodoh
Aku cakap pun macam dengar tak dengar je
Dan dia tak cakap apa-apa pun tak cerita apa-apa pun
Sedih macam ejjrkualagyu.
Aku rasa minggu ini, minggu orang membenci aku.
Mungkin bila aku lalu depan diorang, muka aku menyerupai hauhdhkg.
Tapi mak aku tak pun, baik je.

Kesimpulannya, aku sedih.
Tajuk post tak ada kene mengene, hanya nak membakar semangat je hahaha
Bye

No comments: