Friday, May 27, 2011

#Nowplaying ; PUPUS by Dewa

Kau tumbuk kau calarkan tangan yang kau pegang.
Kau tendang perut yang akan melahirkan anak kau suatu hari nanti.
Kau lempang muka yang selalu kau tatap, selalu kau cium.
Kau sepak kaki yang selalu datang menemani.
Kau keringkan mata yang selalu memandang kau.
Kau guriskan hati yang selalu menyayangi.

Bila rosak semua nanti, tak ada apa lagi.

Monday, May 16, 2011

Tak salah nak berangan.

Memang tak salah nak berangan dan terus berangan terus kecundang tanpa mencapai apa-apa yang diangankan. Hahaha, itulah pepatah orang pemalas macam aku.
So aku nak merepek apa angan-angan aku dah simpan sampai hari ni.

First of all - Aku nak VW Polo. Tolonglah one day bapak aku belikan ;) *masih mengharap bapak lagi eh?*

2. Aku nak berduit, maksud aku bukan lah nak kaya gila, tapi sentiasa rasa senang, biar yang susah tu datang sekali sekala je buat peringatan :)

3. Bila duit masyuk sikit, boleh lah beli heels dan wedges banyak-banyak, even aku tak berapa nak pakai, but still boleh guna kalau ada event atau pergi mana-mana yang sesuai kan? Tak payah aku nak pening kepala.

4. Nak bukak bisnes kecil-kecilan, masih lagi pikir bisnes apa yang sesuai. Kalau ada idea, sila lah comment ;) Mengharap sangat pendapat dari semua hehehe

5. Nak kahwin !! Hahaha, tapi benda ni takleh buat main ye, biar ada kedudukan yang stable dulu, tak kaya pun tak apa, janji stabil. Ye?

6. Saya nak orang gaji di rumah, saya tak suka buat kerja rumah :) Buat sikit-sikit boleh lah ye? Tapi paling penting, kain saya berbakul-bakul tak bergosok. Siapa nak menjawabnya? Masuk bakul angkat sendiri. Eh tu pepatah tak ada kena mengena.

Hahaha sudahlah tu merepek. Sehingga kita berjumpa lagi, saja update, supaya makin lama makin rajin nak memblogkan diri. ;D bye

Tuesday, May 3, 2011

WHAT I DO NOW?

I LIVE MY LIFE FOR MY PARENTS, FAMILY, BOYFRIEND AND FRIENDS. NOT FOR MYSELF. THAT'S WHAT I DO NOW.









SELAMAT TAHUN 2011

Hello.
Padahal dah pertengahan tahun 2011.
Jejari ni malas gila nak menaip untuk blogging.
Doakan saya kembali berblogging. kahkahkahkah
Ok tak lawak.

Sepanjang 2011 ni, saya menjalani kehidupan seperti biasa je.
Macam biasa, ada duit, habiskan.
Kejap happy, kejap menangis.
Buat salah kena marah.
Buat baik, tak dapat pujian.
Bila sayang peluk, bila tak sayang jadilah "heartbroken".
Tak ada apa berubah dalam kehidupan.
Munkin saya yang berubah?
Hehehe
Nanti saya akan post gambar-gambar terbaru.
*lantaklah ada yang tengok ke tak, saya bukan famous blogger ;) *